Like we never realized, that was years ago dear ..

Daisypath Anniversary tickers

Oh my, time is running out baby!

Daisypath Wedding tickers

Thursday, March 10, 2011

detik itu makin hampir

tak ada apa mahu dikatakan.
aku speechless.
berdebar sungguh.
teruk betul perasaan ni.
janganlah berdebar sangat, kan?
orang lain pun kawin jugak.
tp saya ish lain mcm betul!

fine, lg 3 hari beb.
bersiap sedialah zahir dan batin.
ttsk cuak oh tgk khemah dh diri.
stage pelamin dh dtg.
baju sanding dh siap.

saya penakut.
13March2011, pls, NO SPEEDING ya?

Tuesday, February 15, 2011

sebulan sebelum hari kejadian.

dan apabila genapnya sebulan sebelum kejadian, baru aku kecoh tak cukup tanah nak merangkak mencari segala bahan yang perlu.

Last 2 weeks we went for pre-wedding photoshoot with coolness HafizHamdan. whew they really did a good job. despite of their sempoiness i would say,. oh btw his friends shouldve been given credits as well. Asyraff, as co-photographer for the day. seriously, they are HIGHLY RECOMMENDED, for true lah wey! reasonable price lagi kauuu. takpe, once we received our photos (full edition sebab sekarang only partly saje) i will be honoured to publish them in FB and our blog. jom perasan cantik sekarang ;)

on the other hand, this week i managed to berlari-lari anak kesana sini sekitar negeri Johor mencari barang2 yang patut. antara yg tercalon untuk minggu ini,

Pemenang pertama, KAD JEMPUTAN. ni kalau takde ni, mau aku syok sendiri sanding sorang2 atas pelamin.

sila lihat betapa gigihnya askar kerahan melipat kad, dengan mengaut ganjaran upah KFC untuk sesi lipatan 2hebuu kad.

doorgift untuk pihak lelaki, beli kat ayer hitam tak berapa hitam sangatla.

ni orang panggil ape? beg BONTROT. kan dah keluar jawa aku.

yang ini untuk saudara mara terdekat dan kawan2, specially imported from Rantau Panjang. sempadan kauu.


oh ini cma menunjukkan kegigihan abah menulis kad jemputan untuk diedarkan. ibu jari kanan pun dah besar sebelah akibat tekanan melampau di bahagian jari ketika menulis.


ini IKTIBAR. dilarang bersungguh sungguh sangat ketika melipat kad. inilah padahnya. Jari bakal pengantin okay. sangat terharu melihatnya.

DAN LAGI..



eh eh silap tajuk.
saya ingatkan ini facebook tadi. konon2 nak update profile picture.
maaf, siaran tergendala.

oh ye, signage buatan sendiri menggunakan karya hakcipta sendiri juga telah siap.


dan berikut ialah, kad jemputan untuk Non-Muslims (terutamanya bos2 jepang). juga buatan sendiri. ia tak se"cool" buatan mesin pencetak ya.


jadi mari berjumpa di lain hari! selamat hari selasa!

Sunday, January 16, 2011

Graduasi yop!

yop aku dah graduate yop!
kau bile lagi?

Alhamdulillah, tamat dah kursus kahwin.
dapat dah sijil kahwin.
InsyaAllah faham jugak apa itu institusi rumahtangga.
harap harap boleh praktikkan lepas kahwin ni.
semua ilmu yang saya dapat dari kursus sepanjang 2 hari ni memang terlalu berguna.
FYI, untuk negeri Johor yuran kursus untuk 2 hari setakat ini RM120.
mungkin agak tinggi kalau dibandingkan dengan negeri lain.
tapi mahal sikit apalah salahnya kalau nak dibandingkan dengan nilai ilmu yang kite dapat tu kan.
apa yang saya tahu, di Johor ada slot tambahan untuk tajuk "Keluarga Sakinah".
Tunang saya buat di KL, dia kata takde tajuk n.
so negeri selain KL, saya pun tak berapa pasti.

Whatever it is, ilmu yang bernilai patut digunakan sebaiknya.
InsyaAllah, selepas kahwin :)

doakan yang terbaik untuk kami.

satu stage dah lepas, Alhamdulillah.

Sunday, January 9, 2011

Sadis Tak Sadis?

Salam Muhibbah 1 Malaysia, Segerakan Nikah Hilang sengsara.

woh pantun 2 kerat tu woh. anda mampu mencabarnya? moh kedepan mohh (^-^)

Alkisah Sang Bakal suami dah pergi kursus kahwin. Alkisah Sang bakal Isteri dok sibuk bekerja keras di ofis menyetelkan Business Plan 2011. bila sehh sengsara ini akan berakhir , wahai bos yang budiman?

sadis sungguh. aku macam masih dibawah tahap kesedaran normal yang sebenarnya aku nk kahwin lagi dua bulan. bila bukak blog, tgk jadah banner kat atas tu, baru tahu yg sebenarnya aku ada lagi 2 bulan 4 hari untuk semua jenis persiapan perkahwinan kami.

KAD KAHWIN? dh jumpa tukang buat, tapi aku tak submit wording lagi.

BAJU NIKAH? Separa siap. eh, suku siap je kot?

KURSUS KAHWIN? lagi haremmmm tak buat appointment lagi. uh.

HANTARAN? separa sedia. another next 2 weeks im going to Siam (gila kauu barang hantaran nak beli imitation??) Singapore, bagi pulun kasi habis hantaran. taknak tengok saki baki dalam list yang tak beli lagi.

WEDDING CONCEPT? dah dapat. Silver + Purple (request dari sang Bakal suami). pahtu aku ni otak gataii ja nk buat garden wedding. celah mane aku sempat, kite tengok jela nanti. cousin tengah dok bertungkus lumus cari konsep untuk baju sanding dengan pelamin untuk majlis nanti. eh dua bulan ni, agak tak sempat, kene import nenek kebayan ni. bagi pinjam penyapu terbang, bagi korang kelip mata 2 kali, kejap lagi mesti dah siap!! berangan lebeh.

DOORGIFT? untuk jemputan biasa InsyaAllah dah ada. tp untuk family, kawan2 dan juga para bos termasuk si Jepang (tu pun kalau die sanggup nak datang kampung beta ni) tak terfikir lagi. rasenya dah dua minggu aku dok fuhh kiri fuhh kanan. sudahnye idea tak datang juge. 

PHOTOGRAPHER? dah book cousin awal2. tapi in case dia tak dapat cover majlis nanti, dah ada waiting list untuk photographer lain. InsyaAllah takde masalah untuk yg ini.

PRE-WEDDING PHOTOSHOOT? mak excited ni nyahhh!! 6 Feb 2011 @ UiTM Shah Alam. wheww~ dimane cinta berputik berkembang dan berkuncup satu tika dulu. lol geli tak ayat i nyah? haha. ok baju tak pilih lagi ni. babai!

*notakakiperantin: sebelum aku kena petir dengan ibu & abah, baik aku diam je toksah beritau mike yang kami ni gatai dulukan kewajipan yang tidak berwajib (Pre-Wedding). Segala jenis prioriti utama aku letak elok2 tepi katil kejap. bole kan? terima kasih atas sokongan, cau bedahh!


pelok ciom sampai lebam. (in English, X.O.X.O)

Monday, January 3, 2011

Majlis Pertunangan 12.12.10

Maka tamatlah riwayat zaman berfoya-foya.
Selamat memasuki zaman tunangan orang dalam tempoh 3 bulan, sebelum bertukar status kepada "Si Suami" atau " Si Isteri". sudahkah anda bersedia?? bersedia atau tidakkkkkk, mari sajaaa kita kahwin!! (adaptasi rancangan BOLOS.) menarik? ok, memang menarik.

well, finally, yes oh im fine. tiba tiba berdebar pulak? apehal. okay okay, mari mulakan. 

12 dec 2010 menjadi saksi majlis pertunangan antara saya dan dia. siapa? saya, as in AMALINA BTE HJ OMAR dan dia, as in ABDUL HALIM B MOHD HASSAN. suka untuk saya nyatakan disini, suka untuk saya panggil disini, this is such an UNPLANNED EVENT! ya, jangan tak percaya. ok, fine saya tipu kalau tak plan langsung. tp in 2 weeks time, he came and proposed, i shocked (err monkey-shocked mungkin lebih tepat) and despite of all the shockness (haha), i SAID YES. yela, of course la ada bincang dengan ibu dan abah dulu, since at that very moment i still having so-called "in-a-relationship" with someone else. Lagipun benda macam ni bukan boleh buat bergurau. silap haribulan, hilang sebelah mata, tak pasal kena pakai mata batu. goreng pon sodap.

Benda yang lepas jangan dikenang. I'm just a mere human. I love to be loved. and there he came. menunggang kuda ajaib nya. gedegukgedegukgedeguk bunyinya. STOP. berangan lagi. ahaaaai~~ senyumlah senyumlah wahai cek mek debab. ;p

Pernah dengar ini,?

KUN FAYAKUN...maka jadilah ia. i believe in it. 

And you should too :)

notakakiperantin: semua anda boleh cekidaud gambar majlis pertunangan saya di Facebook saya. sila jangan makan hati atau meyimpan rasa. saya sudah menjadi tunangan orang. (statement makcik cukup 300% over confident). till next entry, 

pelok ciom sampai lebam. (in English, X.O.X.O)

HONEY-TO-THE-MOON-OH-MY-DARLING!

Daisypath Vacation tickers